Zaman Remaja Swami_Vivekananda

Narendra mempelajari hasilpenulisan David Hume, Immanuel Kant, Johann Gottlieb Fichte, Baruch Spinoza, Georg W. F. Hegel, Arthur Schopenhauer, Auguste Comte, John Stuart Mill dan Charles Darwin. Beliau amat tertarik dengan teori evolusi HerbertSpenser dan sering berutus surat dengan Spenser. Beliau juga menterjemahkan sebuahbuku Spenser bertajuk Education (1861) ke dalam Bahasa Bengali. Selain itu, beliaujuga mempelajari sastera agama dalam Bahasa Sanskrit dan kesusasteraan Bengali.William Hastie (pengetua General Assembly's Institution) menulis mengenainya,“Narendra memang seorang genius. Saya telah merantau ke seluruh dunia tetapisaya tidak pernah bertemu dengan seorang budak yang cerdik dan berkebolehansepertinya. Malah, di universiti-universiti German pun, tidak ada seorangpenuntut sebijaknya.”

Narendramempelajari ilmu logik, falsafah Barat, dan sejarah Eropah di GeneralAssembly's Institution (kini dikenali sebagai Scottish ChurchCollege). Dalam tahun 1881, beliau lulus dalam peperiksaan First Arts, danmenamatkan Sarjana Muda Sastera pada tahun 1884. Sama seperti bapanya, Narendra juga ingin menjadi seorang peguam. Oleh itu, beliau menyertai kursus undang-undang dan berhasrat untuk meneruskan pendidikan undang-undang di negara England.

Narendramenjadi seorang ahli Freemason dan Sadharan Brahmo Samaj yang diketuai olehKeshab Chandra Sen dan Devendranath Tagore. Ketika ini, beliau mula dipengaruhidengan konsep-konsep Brahmo Samaj, termasuk kepercayaan kepada Tuhan yang TakBerupa dan beliau menghentikan penyembahan berhala.

Denganpemikiran yang mendalam, kedahagaan rohaninya untuk mengetahui rahsia ketuhananmula bergelora.  Ketika ini, Narendrabertemu dengan Devendranath Tagore dan menyoalnya sama ada beliau pernahmelihat Tuhan. Devendranath tidak menjawab soalan itu. Sebaliknya, beliauberkata, “Kamu mempunyai mata seorang Yogi.” Narendra tidak berpuas hati denganfalsafah semata-mata. Beliau ingin mengetahui sama ada seorang manusia boleh mengenali dan melihat Tuhan. Beliau berjumpa dengan ramai lagi tokoh-tokohterkenal di Calcutta dan menyoal sama ada mereka pernah melihat Tuhan. Tiada sesiapapunyang dapat memberikan jawapan yang memuaskan hatinya.

Rujukan

WikiPedia: Swami_Vivekananda http://hikayatvivekananda.blogspot.com http://hikayatvivekananda.blogspot.com/ http://leonine-vivekananda.blogspot.com http://vivekanandabio.blogspot.com/2015/04/ucapan-... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.ramakrishnavivekananda.info/vivekananda... http://vivekananda.net/photos/1893-1895TN/pages/ch... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p177285974